Kami sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi untuk membina hubungan yang erat bersama-sama dengan para pelanggan. Keupayaan kami untuk menyediakan sumber-sumber tempatan, bertindak balas dengan efisien dan berada secara langsung di tapak projek, telah membuktikan kami mempunyai nilai dan kualiti yang unggul sepanjang tujuh tahun pengoperasian kami di Asia.
Oleh itu, dengan sukacitanya kami mengumumkan pembukaan pejabat TRAQuE Malaysia yang kedua di rantau ini. Pejabat baru ini akan menyediakan sumber-sumber kepada pelanggan kami yang sedia ada dan untuk masa hadapan, selain mendapatkan sokongan dari operasi di Singapura untuk rangkaian produk dan perkhidmatan kami secara menyeluruh.
Hubungi kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lebih lanjut.