Login
Servis & Selenggara
English Afrikaans Albanian Arabic Armenian Azerbaijani Basque Belarusian Bulgarian Catalan Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Croatian Czech Danish Dutch Estonian Filipino Finnish French Galician Georgian German Greek Haitian Creole Hebrew Hindi Hungarian Icelandic Indonesian Irish Italian Japanese Korean Latvian Lithuanian Macedonian Malay Maltese Norwegian Persian Polish Portuguese Romanian Russian Serbian Slovak Slovenian Spanish Swahili Swedish Thai Turkish Ukrainian Urdu Vietnamese Welsh Yiddish
Terjemahkan

traquelogo

Melalui khidmat kejuruteraan yang terlatih secara dalaman atau yang dikendalikan oleh Pengilang Peralatan Asal, Perjanjian Servis dan Penyelenggaraan dengan TRAQuE memastikan bahawa peralatan yang dipasang terus beroperasi dengan selamat dan cekap dalam tempoh masa yang lama setelah pemasangan dan penyerahan dilaksanakan.

penyelenggaraan perkhidmatanPasukan servis kami berkelayakan tinggi dan lengkap dengan perlatan-peralatan yang diperlukan serta alat-alatan pengukur yang berkalibrasi. Pusat penyimpanan dan operasi kami adalah secara domestik menunjukkan bahawa kami mampu membawa stok-stok komponen alatan ganti yang komprehensif dan menyediakan tahap perkhidmatan dan penyelenggaraan berkualiti tinggi di rantau ini kepada pelanggan kami. Persetujuan antara individu dapat disesuaikan sekiranya penyelenggaraan ingin dilaksanakan sewaktu perancangan penutupan kilang; ini adalah salah satu contoh pendekatan yang melibatkan gangguan minimal terhadap peralatan yang beroperasi. 

Para pelanggan yang menandatangani perjanjian selenggara dengan TRAQuE boleh mendapat manfaat daripada tahap jaminan yang dipertingkatkan, bantuan dalam talian 24-jam dan kami bertindak balas dan tempoh tersebut.

Memelihara Keselamatan

Peralatan-peralatan yang dibekalkan oleh TRAQuE akan dirancang dan dibina untuk mengekalkan operasi yang selamat selama bertahun-tahun dan yang penting adalah penyelenggaraan yang berterusan dalam memastikan operasi bebas dari masalah. Sama ada pensijilan semula alatan pengangkat, penilaian prestasi pengekangan atau penilaian semula instrumen kritikal - pasukan jurutera tempatan TRAQuE berada di tempat yang strategik untuk menyediakan atau menyokong aktiviti ini  

Kecekapan Kekal

Waktu penghentian akan menelan belanja dan perlu dielakkan sebaik mungkin. Pasukan jurutera tempatan kami mampu bertindak balas terhadap kerosakan dengan cepat, kebiasaannya dalam 2 jam dalam kebanyakan kes, untuk memastikan bahawa peralatan dihidupkan kembali dan berjalan secepat mungkin. Kontrak penyelenggaraan pencegahan rutin juga tersedia untuk meminimumkan risiko waktu henti yang tidak dijadualkan.

Sokongan & Simpanan Tempatan

Lokasi kami yang terletak berdekatan memudahkan kami untuk mendekati pelanggan-pelanggan dan memastikan masa bertindak-balas terhadap permintaan mereka diminimumkan serta komponen-komponen yang diperlukan sentiasa tersedia. Kami mampu menyelenggara inventori alat-alatan ganti bagi pihak pelanggan sekiranya perlu dan menghantar/memasang seperti yang diingini.


Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, sila “Get on TRAQuE dan hubungi kami .

Alamat Ibu Pejabat

 

Lokasi Pejabat

Maklumat perhubungan kami di Singapura:

TRAQuE Pte. Ltd.
51 Bulan Sabit Bukit Batok,
# 08-25 Pusat Perpaduan
658077
Singapura
+65 6316 3885
+65 9735 1384
+65 6316 3885
www.traqueasia.com
traqueQRContact
traque-pte-ltd

Alamat surat-menyurat kami di Malaysia:

TRAQuE Sdn. Bhd.
Suite 13-10, Tingkat 13,
Menara Pejabat Dataran Bandaraya Johor Bahru,
106 - 108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru.

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan produk atau khidmat kami, sila isi dan hantarkan borang di bawah. Kami berharap untuk bekerjasama dengan ada di masa akan datang.

Hubungi Kami
Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai produk-produk atau perkhidmatan kami. Kami akan memberi maklum balas kepada anda secepat mungkin.
Nama Syarikat Anda
Sila Isikan Nama Anda
Sila Isikan E-Mel Anda
Baris Pertama Alamat Anda
Baris Kedua Alamat Anda
Poskod Alamat Anda
Nombor Telefon Anda (termasuk kod standard negara)
Tuliskan Mesej Anda!

Berita terkini

Penganugerahan Bintang BizSAFE

TRAQuE, dengan sukacitanya, telah dianugerahkan Bintang BizSAFE oleh Majlis WSH. 

 

 

Tahniah kepada ahli-ahli pasukan di atas usaha yang berterusan dalam aspek keselamatan.

TRAQuE Malaysia

Kami sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi untuk membina hubungan yang erat bersama-sama dengan para pelanggan. Keupayaan kami untuk menyediakan sumber-sumber tempatan, bertindak balas dengan efisien dan berada secara langsung di tapak projek, telah membuktikan kami mempunyai nilai dan kualiti yang unggul sepanjang tujuh tahun pengoperasian kami di Asia.   

Kerjasama dengan Protak Saintifik
Protak Scientific Logo

Sukacita kami akan bekerjasama dengan Protak Saintifik di Singapura. Ini merupakan suatu revolusi alternatif kepada penunjuk biologi yang digunakan apabila menilai keberkesanan VHP dengan jauh lebih cepat dari kaedah semasa dan mampu memberikan garis data kuantitatif, menghasilkan proses perbersihan yang optimum dan meningkatkan produktiviti.  

Kami menggunakan cookies!
Ok
Kami menggunakan cookies di laman web kami. Sebahagiannya adalah penting untuk pengoperasian laman web ini, sementara bahagian yang lain akan membantu kami dalam penambah baikan serta pengalaman pengguna (menjejaki cookies). Anda boleh menentukan sendiri sekiranya anda ingin membenarkan cookies atau tidak, sepanjang pelayaran anda di laman web kami. Harap maklum bahawa sekira anda menolaknya, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua fungsi laman web ini.