TRAQuE menyediakan pelbagai jenis kursus latihan, samada di dalam mahupun di luar tapak perindustrian, sesuai dengan keperluan khusus dari organisasi anda.
Kursus-kursus seperti “Kaedah Pengesahan Analisis” atau “Menulis Sistem Pengurusan Kualiti”, TRAQuE menawarkan suatu set penyelesaian yang komprehensif sebagai salah satu faktor untuk penambahbaik rutin program latihan anda, atau menjadikannya suatu kursus yang berdedikasi.
Seringkali program latihan mungkin menimbulkan kebosanan, tidak relevan, atau pengurusan yang tidak praktikal. Ahli-ahli perunding kami boleh membantu ada mengenalpasti jenis latihan yang bersesuaian dan diperlukan untuk pasukan anda. Ini bagi memastikan bahawa latihan tersebut memberi penekanan dan mencakupi matlamat yang diingini. | |
Latihan, rekod latihan berdokumentasi dan kecekapan adalah suatu kemestian dalam industri biofarmaseutikal. TRAQuE boleh membantu anda menyelaraskan sebuah program latihan yang mematuhi syarat-syarat pengawalseliaan. Kami juga boleh membantu membina latihan matriks dan rekod-rekod supaya anda boleh mempamerkan bahawa ahli-ahli pasukan anda bukan sahaja terlatih, tetapi latihan tersebut difahami sepenuhnya dan mereka lebih berwibawa dalam pelaksanaan tugas-tugas seharian. | |
Good Manufacturing Practice adalah penting dalam sesebuah syarikat pengoperasian terkawal. Kesemua kakitangan seharusnya mempunyai pendidikan, kelayakan, pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian untuk bekerja dalam persekitaran GMP. Kualiti ini mencakupi dari Pengurus Kualiti, sebagai seorang yang membuat keputusan dalam pelepasan lot, sehingga ke pengendali gudang yang menyediakan penghantaran. Tujuan latihan ini juga bertindak sebagai perniagaan yang praktikal – kakitangan anda akan melaksanakan perkara yang betul kali pertama melalui latihan dan bimbingan jitu. | |
Mematuhi peraturan GMP bukan sahaja suatu aktiviti, malah ianya juga melibatkan tingkah laku. Di TRAQuE, ahli-ahli perunding kami akan bekerjasama dengan pasukan anda dan memastikan apa yang dipelajari di dalam kelas tidak terhenti di situ sahaja, tetapi sebaliknya menjadi sebahagian tatacara kerja mereka setiap hari. Kami akan bekerjasama dengan pasukan anda, membantu mereka menangani masalah-masalah aktiviti seharian, serta memastikan apa yang dipelajari menjadi komponen utama dalam tatacara kerja mereka. | |
Video merupakan suatu sumber yang tidak ternilai untuk melatih perkeja-pekerja baru atau pun sebagai ulangkaji untuk pekerja-pekerja sedia ada, terutamanya apabila operasi secara manual jarang dilaksanakan. Melalui kaedah video yang direkodkan di fasiliti anda sendiri, ulangkaji pengetahuan pekerja anda boleh membantu mereka mengaitkan subjek-subjek tertentu dan memahami teknik-teknik dengan serta-merta. Kami boleh menyokong anda dengan mewujudkan video latihan yang khusus, serta meningkatkan kualiti rakaman dengan penyuntingan menyeluruh produksi dan pengalihan suara latar. Pasukan kami mempunyai pengalaman luas dalam membina papan cerita, mengarah dan melaksanakan penggambaran, serta melaksanakan post-produksi yang menyeluruh untuk memberikan anda hasil yang profesional. |
Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, sila "Get on TRAQuE" dan hubungi kami .