Di TRAQuE, kami memahami bidang peraturan yang anda perlukan untuk mencapai dan mengekalkan produk jualan anda di pasaran farmaseutikal secara global.
Mencari, memahami dan melaksanakan peraturan-peraturan tertentu boleh menjadi suatu rintangan untuk mendapatkan pensijilan GMP. Keperluan pasaran adalah berbaza, dan apa yang mungkin boleh diterima oleh sesetengah negara mungkin boleh disangkal oleh peraturan-peraturan di negara yang lain. Pakar perunding kami berpengalaman luas dalam membantu pelanggan-pelanggan kami menggapai dan mematuhi peraturan-peraturan di serata wilayah dan negara. | |
Melalui beberapa tahun pengalaman, pakar perunding kami telah berjaya membantu beberapa syarikat melepasi syarat-syarat kelayakan kawal selia untuk pemasaran produk-produk mereka. Kami boleh membimbing anda sehingga mencapai kelulusan regulatori. Kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyumbangkan peraturan-peraturan terkini dan jangkaan di masa hadapan. | |
Kami telah membantu beberapa buah syarikat dengan pemajuan projek-projek berpanjangan, kerja-kerja pemulihan, dan memberi bimbingan maklum balas kepada amaran dan saman daripada badan-badan berkuasa. Walau pun anda mengetahui peraturan-peraturan yang sedia ada, melaksanakannya secara praktikal dan berterusan boleh menjadi sukar. Kami boleh membantu anda dengan menawarkan bidang kepakaran yang sesuai dan garis panduan asas supaya anda kekal mematuhinya. | |
Kami telah bekerjasama dengan beberapa buah syarikat multinasional dan juga syarikat-syarikat kecil di dalam pasaran, dari China ke Palestin, Japun ke India, dan Eropah ke Amerika Syarikat. Walapun pengalaman kami meluas secara global, namun khidmat kemahiran kami adalah dari tempatan. Apa jua jenis sasaran pemasaran anda, kami boleh menyokong anda mencapai peraturan-peraturan tertentu. | |
Berikut adalah aktiviti-aktiviti regulatori yang kami tawarkan:
| |
Kami boleh menawarkan anda sokongan yang praktikal dan amali dalam pelbagai aktiviti, antaranya:
| |
Kami boleh menyediakan SOP yang praktikal dan terpatuh, antaranya:
| |
Kami boleh membantu anda berkaitan sistem makmal berkomputer dan memberikan nasihat dan penyelesaian yang praktikal seperti:
|
Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut, sila "Get on TRAQuE " dan hubungi kami .