Login
Pengesanan Pantas Enzim VHP
English Afrikaans Albanian Arabic Armenian Azerbaijani Basque Belarusian Bulgarian Catalan Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Croatian Czech Danish Dutch Estonian Filipino Finnish French Galician Georgian German Greek Haitian Creole Hebrew Hindi Hungarian Icelandic Indonesian Irish Italian Japanese Korean Latvian Lithuanian Macedonian Malay Maltese Norwegian Persian Polish Portuguese Romanian Russian Serbian Slovak Slovenian Spanish Swahili Swedish Thai Turkish Ukrainian Urdu Vietnamese Welsh Yiddish
Terjemahkan

traquelogo

Enzyme1

Kaedah konvensional untuk menunggu keputusan dekontaminasi Penunjuk Biologi (BI) selama 7 hari, kini telah berakhir. Indikator Enzim (EI) dilihat sebagai usaha progresif dan maju di dalam perubahan industri untuk mengukur prestasi pencemaran. EI menawarkan alternatif yang cepat, menjimatkan kos, tepat serta bebas risiko.

 

ADENYLATE KENASE

Adenylate kinase adalah enzim; kehadiran dan aktivitinya boleh diukur dengan menggunakan ujian pendarkilau yang tangkas dan sensitif. Teknologi ini berasal dari pengasingan Adenylate Kinase (tAK) termostabil dari bakteria termofilik yang terdapat dari sumber air panas (Sulpholobus acidocaldarius).

tAK

tAK adalah enzim yang sangat stabil yang mempunyai toleransi tinggi terhadap proses-proses yang lazimnya akan memusnahkan kebanyakan protein disebabkan suhu tinggi dan kehadiran agen-agen pengoksidaan. Enzim ini mempunyai jangkaan profil inaktivasi yang diboleh-ukur dalam julat dinamik yang luas. Ciri-ciri ini menjadikan tAK ideal sebagai penanda pengganti untuk memantau proses pencemaran.

STRIP UJIAN tAK

Di dalam sebuah proses pembuatan yang sangat terkawal, tAK digunakan ke atas pembawa yang tidak berbahaya dan tidak beracun yang membolehkan pengendaliannya menjadi aplikasi pico gram. Endotoksin dikeluarkan dari Adenylate Kinase sebelum digunakan ke atas pembawa. Strip Enzim Indikator tAK mempunyai jangka hayat enam bulan pada keadaan suhu bilik. Strip Enzim Indikator tAK dibekalkan lengkap dan sedia untuk digunakan.

PENEMPATAN INDIKATOR ENZIM

Indikator Enzim tAK dibekalkan dengan pembawa yang direka khas yang membolehkan penempatan yang selamat dan mudah dalam pelbagai bentuk konfigurasi. Indikator-indikator boleh dikeluarkan dengan mudah dari pembawa dan dimasukkan terus ke dalam tabung bacaan tanpa sebarang pengendalian. Setiap ujian individu disediakan lengkap dan siap untuk beroperasi.

DATA PRESTASI KUANTITI SEGERA

Indikator Enzim tAK menggunakan tindak balas luciferin / luciferase untuk memberikan keputusan segera yang dapat diukur. Enzim memangkin tindak balas yang menghasilkan sejumlah cahaya yang  secara langsung bersamaan dengan jumlah aktiviti tAK yang tersisa pada indikator. Pengeluaran cahaya diukur menggunakan luminometer dan memberikan nilai berangka yang berkuantiti. Prosesnya memakan masa kurang dari 60 saat. Pembaca yang direka khas menawarkan proses automatic dan membolehkan data disahkan sepenuhnya. 

PEMBACA PRESTASI ULTRA

Pembaca Indikator Enzim Protak menawarkan penangkapan data dan kemudahan penggunaan yang terbaik. Antara model yang paling popular antara tiga model yang tersedia ada pada masa kini adalah model suntikan automatik dan bacaan automatik 'Twin Shot'.

MUAT TURUN DATA MASA SEBENAR 

Pautan pembaca Protak EI ke perkakasan PC konvensional berupaya menangkap pelbagai data untuk maklumat pengesahan dekontaminasi. Kesemua model menawarkan ciri intuitif dan konfigurasi manipulasi data.

Alamat Ibu Pejabat

 

Lokasi Pejabat

Maklumat perhubungan kami di Singapura:

TRAQuE Pte. Ltd.
51 Bulan Sabit Bukit Batok,
# 08-25 Pusat Perpaduan
658077
Singapura
+65 6316 3885
+65 9735 1384
+65 6316 3885
www.traqueasia.com
traqueQRContact
traque-pte-ltd

Alamat surat-menyurat kami di Malaysia:

TRAQuE Sdn. Bhd.
Suite 13-10, Tingkat 13,
Menara Pejabat Dataran Bandaraya Johor Bahru,
106 - 108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru.

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan produk atau khidmat kami, sila isi dan hantarkan borang di bawah. Kami berharap untuk bekerjasama dengan ada di masa akan datang.

Hubungi Kami
Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai produk-produk atau perkhidmatan kami. Kami akan memberi maklum balas kepada anda secepat mungkin.
Nama Syarikat Anda
Sila Isikan Nama Anda
Sila Isikan E-Mel Anda
Baris Pertama Alamat Anda
Baris Kedua Alamat Anda
Poskod Alamat Anda
Nombor Telefon Anda (termasuk kod standard negara)
Tuliskan Mesej Anda!

Berita terkini

Penganugerahan Bintang BizSAFE

TRAQuE, dengan sukacitanya, telah dianugerahkan Bintang BizSAFE oleh Majlis WSH. 

 

 

Tahniah kepada ahli-ahli pasukan di atas usaha yang berterusan dalam aspek keselamatan.

TRAQuE Malaysia

Kami sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi untuk membina hubungan yang erat bersama-sama dengan para pelanggan. Keupayaan kami untuk menyediakan sumber-sumber tempatan, bertindak balas dengan efisien dan berada secara langsung di tapak projek, telah membuktikan kami mempunyai nilai dan kualiti yang unggul sepanjang tujuh tahun pengoperasian kami di Asia.   

Kerjasama dengan Protak Saintifik
Protak Scientific Logo

Sukacita kami akan bekerjasama dengan Protak Saintifik di Singapura. Ini merupakan suatu revolusi alternatif kepada penunjuk biologi yang digunakan apabila menilai keberkesanan VHP dengan jauh lebih cepat dari kaedah semasa dan mampu memberikan garis data kuantitatif, menghasilkan proses perbersihan yang optimum dan meningkatkan produktiviti.